Takrifan am Kawasan_metropolitan

Semenjak diterima pakai pada tahun 1950[1], tiada perubahan besar dalam "konsep" kawasan metropolitan asas, namun sejak itu telah berlakunya perubahan besar dalam taburan geografi, oleh itu dijangka terus berubah mengikut peredaran zaman.[2] Orang awam dan pihak media sering menggunakan istilah "kawasan metro" atau sebagainya untuk memaksudkan seluruh kawasan geografi, termasuk bukan sahaja kependudukan bandaraya yang terkenal, bahkan juga kependudukan di kawasan tengah bandar, subbandar, lepas bandar dan adakalanya luar bandar, semuanya dipengaruhi oleh kegiatan pekerjaan, pengangkutan, dan perdagangan di bandaraya terbesar.

Biasanya, kawasan metropolitan menggabungkan kelompokan (kawasan binaan bersempadan) dengan kawasan-kawasan persisian yang tidak semestinya bersifat bandar, tetapi terikat dengan pusat oleh kegiatan pekerjaan atau perdagangan. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan komuter, dan boleh juga diluaskan ke luar persisian bandar, iaitu kawasan yang bukan dalam lingkungan bandaraya tetapi dihubungkan dengan bandaraya tersebut. Contohnya, Ampang Jaya dikira tergolong dalam kawasan metro Kuala Lumpur; biarpun bukan dalam lingkungan namun dihubung erat.

Bandaraya teras dalam kawasan metroplitan polisentrik tidak semestinya disambungkan oleh pembangunan binaan bersebelahan, berbeza dengan bandar gabungan yang memerlukan bandar-bandar tersebut bersempadan. Dalam kawasan metropolitan, adalah memadai untuk bandaraya pusat membentuk nukleus kependudukan besar yang cukup disepadukan bersama juzuk-juzuk lain.